PEMBERITAHUAN
Sekiranya perjalanan penumpang melibatkan suatu tempat tuju akhir atau perhentian
di sebuah negara lain selain dari negara ia berlepas maka Konvensyen Warsaw boleh
dipakai dan Konvensyen ini menentukan dan pada lazimnya menghadkan tanggugjawab
pengangkut terhadap kematian atau kecederaan peribadi serta hal-hal bersabit dengan
kehilangan atau kerosakan bagasi. Sila lihat pemberitahuan – pamberitahuan yang
bertajuk "Nasihat kepada Penumpang –penumpang Antarabangsa mengenai
Had–had tanggungjawab" dan "Pemberitahuan mengenai Had –had tanggungjawab
Bagasi"
SYARAT- SYARAT KONTRAK
-
Sebagai yang digunakan dalam
kontrak ini "tiket" bererti tiket ini dan penyata bagasi penumpang , dimana syarat-syarat
serta pemberitahuan – pemberitahuan yang dinyatakan ini adalah sebahagian darinya,
pengangkutan adalah bersamaan dengan kenaikan, 'pangangkut' bererti semua pengangkut-pengangkut
udara yang membawa atau bersetuju untuk membawa penumpang atau bagasinya seperti
ternyata dibawah ini atau melakukan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan
dengan pengangkutan udara tersebut. 'KONVENSYEN WARSAW' bererti konvensyen mengenai
Penyatuan Peraturan-peraturan Tertentu berkaitan dengan Pengangkutan Udara Antarabangsa
yang telah ditandatangani diWarsaw pada 12hb Oktober 1929 ataipun Konvensyen yang
telah dipinda di The Hague pada 28hb September 1955,menurut mana yang berkenaaan.
-
Pengangkutan dibawah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat serta had-had berkenaan
tanggungjawab sebagai yang ditetapkan oleh Konvensyen Warsaw kecuali apabila pengangkutan
tersebut bukan "pengangkutan antarabangsa" sebagai yang ditakrifkan oleh konvensyen
tersebut.
-
Setakat tidak bercangahan dengan
yang telah lalu pengangkutan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dilakukan oleh setiap pengangkut adalah tertahluk
kepada
i)
Peruntukan-peruntukan
yang terkandung dalam tiket ini.
ii)
Kadar-kadar yang dipakai.
iii)
Syarat-syarat pengangkutan pengangkut dan peraturan-peraturan berkaitan yang dijadikan
sebahagian dari ini(dan boleh diperolehi atas permintaan di pejabat-pejabat pengangkut),
kecuali didalam pengangkutan antara satu tempat di Amerika Syarikat atau Kanada
dan mana-mana tempat lain diluarnya dimana kadar yang berkuatkuasa di negara-negara
itu dipakai.
-
Nama pengangkut boleh diringkaskan
dalam tiket ini, nama lengkap dan kependekannya dinyatakan pada kadar,syarat-syarat
pengangkutan, peraturan-peraturan atau jadual-jadual waktu ,alamat pengangkut ialah
lapangan terbang tempat berlepas yang dinyatakan diruang setentang dengan kependekan
nama pengangkut didalam tiket, perhentian-perhentian dipersetujui adalah ditempat-tempat
yang ditetapkan didalam tiket ini atau yang ditunjukkan dalam jadual-jadual waktu
pengangkut sebagai perhentian-perhentian yang dijadualkan dalam perjalanan penumpang,
pengangkutan yang akan dilakukan dibawah oleh beberapa pengangkut secara berturut
–turut adalah dianggap sebagai satu operasi.
-
Sebuah pengangkut udara yang
mengeluarkan tiket bagi pengangkutan bagi perjalanan kepunyaan pengangkut-pengangkut
udara lain berbuat sedemikian hanya selaku ejen kepada pengangkut-pengangkut udara
tersebut.
-
Sebarang pengecualian atau had
tanggungjawab pengangkut akan dipakai terhadap dan untuk feadah ejen-ejen,kakitangan-kakitangan
dan wakil-wakil pengangkut dan sesiapa sahaja pemilik kenderaan udara yang digunakan
oleh pengangkut untuk pengangkutan dan ejen-ejen, kakitangan-kakitangan dan wakil-wakilnya.
-
Bagasi yang telah diterima akan
diserahkan kepada pembawa di penyata bagasi. Sekiranya berlaku kerosakan pada bagasi
semasa dalam pengangkutan antarabangsa aduan mengenainya hendaklah dibuat secara
bertulis kapada pengangkut terus selepas kerosakan itu diketahui dan selewat-lewatnya
dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaannya, dalam hal-hal kelewatan, aduan hendaklah
dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh bagasi diterima. Lihat kadar atau syarat-syarat pengangkutan mengenai pengangkutan-pengangkutan
bukan pengangkutan antarabangsa.
-
Tiket ini adalah sah digunakan untuk pengangkutan dalam tempoh setahun dari tarikh
pengeluarannya kecuali sebagai yang dinyatakan sebaliknya dalam tiket ini, kadar
pengangkutan ini, syarat-syarat pengangkutan atau peraturan-peraturan yang berkaitan
dengannya. Harga tambang pengangkutan
dibawah ini adalah tertahluk kepada perubahan sebelum pengangkutan dilaksanakan.
Pengangkut boleh menolak
pengangkutan sekiranya harga tambang yang dipakai tidak dijelaskan.
-
Pengangkut mengaku janji untuk
berusaha sedaya-upaya untuk membawa penumpang dan bagasi dalam masa yang wajar.
Masa yang ditunjukkan dijadual-jadual waktu atau ditempat-tempat
lain adalah tidak dijamin dan tidak menjadi sebahagian dari kontrak ini.
Pengangkut boleh tanpa sabarang pemberitahuan menukar pengangkut atau kenderaan
udara lain dan boleh mengubah atau menggugurkan tempat-tempat berhenti yang telah
dinyatakan dalam tiket,jika perlu. Jadual penerbangan adalah tertakluk
kepada pindaan tanpa pemberitahuan. Pengangkut tidak bertanggungjawab membuat
penerbangan sambungan.
-
Penumpang dikehendaki mematuhi
arahan-arahan perjalanan Kerajaan, mengenai perjalanan keluar masuk negeri dan lain-lain
dokumen yang diperlukan dan hadir dilapangan terbang pada masa yang telah ditetapkan
oleh pengangkut atau sekiranya masa tidak ditetapkan, hadir agar awal untuk membereskan
peraturan-peraturan berlepas.
-
Tidak sesiapa
pun samada ejen, kakitangan atau wakil pengangkut yang mempunyai kuasa untuk
menukar, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam
kontrak ini.
Back to top
NASIHAT KEPADA PENUMPANG-PENUMPANG ANTARABANGSA MENGENAI HAD-HAD TANGGUNGJAWAB
Penumpang-penumpang dalam perjalanan
yang melibatkan tempat tuju yang akhir atau perhentian disebuah negara lain selain
dari negara asal, adalah dimaklumkan bahawa peruntukan –peruntukan dari perjanjian
yang dikenali sebagai Konvensyen Warsaw adalah boleh dipakai bagi meliputi seluruh
penerbagan mereka,termasuk mana-mana bahagian penerbangan dalam keseluruhan negara
asal atau negara tempat tuju. Bagi penumpang-penumpang berkenaan yang dalam perjalanan
menuju, daripada atau dengan satu perhentian yang depersetujui di Amerika Syarikat,
Konvensyen tersebut dan kontrak-kontrak
pengangkutan khas yang termaktub pada kadar yang dipakai memperuntukkan had-had
tanggungjawab pengangkut-pengangkut tertentu yang menganggotai kontrak khas tersebut
untuk kematian atau kecederaan peribadi keatas penumpang-penumpang adalah terhad
pada lazimnya kepada kecederaan yang dapat dibuktikan tidak melebihi dollar US75,000
bagi seorang penumpang dan tanggungjawab ini hingga ke had tersebut tidak bergantung
diatas kecuaian dipihak pengangkut. Bagi penumpang-penumpang berkenaan yang melakukan
penerbangan dengan sebuah pengangkut yang tidak menjadi anggota kepada kontrak-kontrak
khas tersebut ataupun dalam perjalanan yang tidak menuju, daripada atau mempunyai
satu tempat perhentian yang dipersetujui di Amerika Syarikat , tanggungjawab pengangkut
terhadap kematian atau kecederaan peribadi penumpang-penumpang adalah lazimnya dihadkan
kepada dollar US10,000 atau dollar US20,000.
Nama-nama anggota pengangkut
kepada kontrak khas tersebut boleh diperolehi dari semua
pejabat tiket pengangkut
dan boleh diperiksa atas permintaan. Perlindungan tambahan biasanya boleh diperolehi dengan cara membeli insuran dari syarikat
insuran. Insuran-insuran begini tidak akan terjejas oleh mana-mana had terhadap
tanggungjawab pengangkut di bawah Konvensyen Warsaw atau kontrak-kontrak pengangkutan
khas tersebut. Untuk maklumat selanjutnya sila runding Pengangkut
anda atau wakil Syarikat Insuran. PERHATIAN: Had tanggungjawab sebanyak dollar
US75,000 diatas adalah meliputi bayaran guaman dan perbelanjaan-perbelanjaan kecuali
didalam hal dimana tuntutan dibuat didalam negeri dimana terdapat peruntukan untuk
bayaran guaman dan perbelanjaan yang berasingan, had yang ditetapkan adalah sebanyak
dollar US58,000 tidak termasuk bayaran guaman dan perbelanjaan-perbelanjaan.
Back to top
PEMBERITAHUAN MENGENAI HAD-HAD TANGGUNGJAWAB BAGASI
Tanggungjawab terhadap kehilangan,
kelewatan atau kerosakan bagasi adalah
dihadkan kecuali apabila nilai yang lebih tinggi diistiharkan terlebih awal dan
bayaran tambahan dibayar.Bagi kebanyakan penerbangan antarabangsa (termasuk bahagian
dalam negrei pada penerbangan antarabangsa) had tanggungjawab ialah kira-kira dollar
US9.07 satu pound (dollar US20.00 satu kilo) terhadap bagasi yang diserah dan dollar
US400.00 bagi seorang penumpang untuk bagasi yang tidak diserah.
Terhadap penerbangan-penerbangan
yang seluruhnya hanya antara tempat-tempat di Amerika Syarikat, Peraturan-Peraturan
Persekutuan memerlukan sebarang had tanggungjawab pengangkut bagasi sekurang-kuranngnya
dollar US1,250 bagi tiap-tiap penumpang. Penilaian lebihan tidak boleh diistiharkan keatas barang-barang
yang tertentu. Setengah-setengah pengangkut tidak bertanggungjawab keatas barang-barang
yang mudah pecah, berharga atau yang mudah rosak.
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada pengangkut.
NOTA: UNTUK SEMUA PENERBANGAN
DIDALAM
MALAYSIA
HAD TANGGUNGJAWAB BAGASI IALAH RINGGIT
MALAYSIA
400.00 SAHAJA.
PERHATIAN PENTING:
JIKA ADA APA-APA PERSELISIHAN
TAFSIRAN DIANTARA BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS, MAKA TAFSIRAN DALAM BAHASA
INGGERIS HENDAKLAH DIPAKAI.
Back to top
KONTRAK KHAS
Tertahluk kepada Artikel 20 dari
Konvensyen Warsaw tersebut Syarikat Penerbangan bersetuju menambahkan had tanggungjawab
terhadap kematian dan kecederaan anggota penumpang dibawah Artikel 22(i) Konvensyen
Warsaw berkenaan terhadap mana-mana pengangkutan yang dilakukan dengan perkhidmatannya
yang tidak merupakan perjalanan menuju, daripada atau mempunyai satu perhentian
yang dipersetujui diAmerika Syarikat, kepada dollar US58,000 (atau persamaan senilainya
dalam matawang yang berkenaan) termasuk bayaran guaman.
Back to top
PEMBERITAHUAN PENTING
Tiket ini tidak sah untuk pengangkutan sekiranya tambang yang betul tidak dibayar
menurut kadar peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang dipakai oleh pengangkut.
Tiket ini tidak sah dibeli atau dijual daripada/kepada sesiapa pun selain daripada
syarikat penerbangan ataupun agen-agen yang dilantik olehnya.
Back to top
TANDAKAN BEG ANDA
Sila tuliskan nama dan alamat anda di sebelah luar dan dalam beg-beg yang anda bawa.
Tanda nama bagi beg-beg
anda boleh diperolehi secara percuma daripada semua kaunter periksa masuk.
Back to top
PENEMPAHAN BALIK DAN PERJALANAN LANJUT
Sekiranya anda menangguhkan perjalanan
lebih dari 72 jam dimana-mana tempat, sila sahkan semula hasrat anda untuk mengekalkan
tempahan yang telah anda lakukan samada untuk penerbangan lanjut atau penerbangan
balik. Untuk melakukan yang sedemikian, sila beritahu pejabat syarikat penerbangan
setempat di mana anda bercadang untuk menyambung penerbangan, selewat-lewatnya 72
jam sebelum penerbangan anda berlepas.Kegagalan mengesah semula penerbangan akan mengakibatkan
pembatalan tempahan-tempahan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai penempahan bagi
perjalanan lanjut ataupun perjalanan pulang, sila hubungi pejabat tempatan syarikat
penerbangan yang berkenaan ataupun pejabat agen-agennya,
sebaik sahaja anda mengetahui tarikh perjalanan anda.
Back to top
SYARAT-SYARAT PENGANGKUTAN BAGI LALUAN DOMESTIK
MALAYSIA
Pengangkutan dibawah ini tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan Akta Pengangkutan Udara,1974 dan Perintah-Perintah
dibawahnya (termasuk mana-mana pindaan kepadanya) dan kepada syarat-syarat Am Pengangkutan,
Peraturan-Peraturan,Jadual-Jadual Waktu dan Pemberitahuan-Pemberitahuan yang dijadikan
sebahagian dari ini dan boleh diperiksa bila dikehendaki di pejabat-pejabat Syarikat
ini.
Back to top
BAYARAN BALIK
Syarikat penerbangan berhak untuk
membayar balik hanya kepada pembeli tiket asal dan berhak untuk enggan membayar
balik sekiranya permohonan dikemukakan lewat dari 30 hari selepas tarikh akhir tiket.
Back to top
BARANG-BARANG MERBAHAYA DI DALAM BAGASI
Atas sebab-sebab keselamatan, barang-barang yang disenaraikan dibawah ini tidak
boleh dibawa dalam bagasi penumpang.
Gas termampat (mudah
bakar, tidak mudah bakar dan beracun)
Bahan-bahan gas termampat
Aqualungs

Bahan-bahan kakisan
saperti asid,alkali, raksa dan bateri sel basah.
Bateri sel basah
Bahan-bahan yang mengandungi
raksa

Bahan-bahan letupan, senjata-senjata tentera, mercun dan bungaapi.
Senjata api
Bahan letupan termasuk
kelongsong senjata api

Penutup pistol
Bunga api

Cecair dan pepejal yang mudah terbakar seperti pemetik api/bergas, cat, bahan bakaran,
mancis dan lain-lain benda yang mudah terbakar.
Pemetik api/bergas
Mancis boleh dibawa bersama-sama penumpang

Minyak pemetik api

Bahan-bahan radioaktif
Beg bimbit dan beg attaché yang dipasang dengan alat penggera
Bahan-bahan pengoksidaan
seperti serbuk pelunturan dan peroksida

Lain-lain barang larangan seperti
raksa (merkuri) atau bahan-bahan bermagnet atau bahan-bahan yang menyebabkan ketidakselesaan.
Ubat-ubat dan bahan-bahan dandanan dalam jumlah kecil yang diperlukan oleh penumpang
seperti penyembur rambut,minyak wangi,dan ubat yang mengandungi alkohol boleh dibawa
sekadar yang diperlukan, tanpa memohon kebenaran dari syarikat penerbangan.
Penjelasan selanjutnya boleh diperolehi
jika diperlukan
Back to top
PEMBERITAHUAN PENTING
PERATURAN PEMBATALAN DAN/ATAU KEGAGALAN MELAKUKAN PERJALANAN
Pembatalan penempahan dalam tempoh
24 jam sebelum perjalanan dijadualkan bertolak dan/atau kegagalan untuk melakukan
perjalanan yanga mana penempahannya telah dibuat akan melibatkan penumpang-penumpang
dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 25% daripada harga tambang atau tahap maksima
MYR50/SGD 50 setiap satu-satu sector bagi tiap-tiap penumpang. Bayaran perkhidmatan
tersebut mesti ditunaikan ketika penumpang-penumpang menyerahkan tiket-tiket untuk
penempahan bagi penerbangan yang lain kecuali jika penumpang-penumpang memohon bayaran balik tambang maka bayaran perkhidmatan
tersebut akan ditolak dari tambang ketika bayaran balik itu dibuat.
Untuk maksud peraturan diatas, pembatalan penempahan dan kegagalan melakukan perjalanan
akan meliputi perkara-perkara berikut:
-
Penukaran mana-mana perjalanan
atau penerbangan dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan bertolak;
-
kegagalan untuk tiba di lapangan
terbang diwaktu yang ditetapkan oleh pengangkut;
-
Mempunyai dokumen perjalanan
yang tidak lengkap dan sah untuk perjalanan; dan
-
Kegagalan untuk menyerahkan tiket-tiket
untuk penempahan semula, pengeluaran tiket baru atau bayaran balik sekurang-kurangnya
24 jam sebelum perjalanan asal dijadualkan bertolak sepertimana yang dinyatakan
di tiket-tiket walaupun penempahan-penempahan telah dibatalkan sebelum tempoh 24
jam dari waktu perjalanan dijadualkan bertolak.
PERATURAN-PERATURAN DIATAS BERKUATKUASA HANYA PADA PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG
MELIPUTI KAWASAN MALAYSIA, SINGAPORE DAN BRUNEI
Back to top